About Us
BUKAN SEKADAR ANTIAF | malahan semakin sial dalam menentang produk sial-sial majhal yang melalaikan | mejadi lebih sial dalam membanteras perkara-perkara yang melemahkan daya pemikiran orang-orang kita | maka dinasihatkan bersabar ketika membaca blog sebegini | Apa-pun ANTIAF tetap sedia berkhidmat demi clan-clan tercinta.
Archives
  • July 2004

  • August 2004

  • September 2004

  • October 2004

  • November 2004

  • January 2005

  • May 2005

  • June 2005

  • Links
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    Novel Bersiri Akademi Impiana
    Sultan Muzaffar
    Pejuang Bangsa
    Arni
    Adreen
    Dwen
    Duwe
    Fiqarash
    Kampung Chat
    Khairil
    Kay
    Kelambu
    Mydinz
    Nore
    Sherrina
    ShinShin
    Syati
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    clan's here

     


    Anti AF Clan :: KontroBasi
    Sunday, June 19, 2005
    Lama X update.
    AntiAF menerima satu forwarded emel dari sahabat. Tak tahulah nak takrifkan kebenaran perkara ni. Cuma jika kita ambil pengajaran darinya sudah tentu perkara sebegini tidak akan berlaku dalam masyarakat kita. Ada sesiapa yang boleh nyatakan kebenaran cerita ni tak? sila melkan kpd antiAF.



    assalamua'laikum,

    ni ade skit cerita utk pengajaran kita semua. attachment is gambar seorg wanita yg telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka kpd Allah dan ibunya. kisahnya begini....ade seorg budak pompuan ni...dia nk tgk tv....rancangan hiburan (AntiAF: BARANGKALI AF VERSI OMAN KUT). kebetulan kat situ tu...mak dia tgh duk baca Al-Quran. dia marah kt makdia, dan dia halau mak dia dr tmpt tu sbb dia kata bacaan Al-Quran drmulut mak dia tu mengganggu dia. tp, mak dia teruskan jugak bacaAl-Quran...tanpa hiraukan anaknya tu. Budak pompuan ni...dia rasa geram giler kat mak dia, lantas dia pun pegi rampas Al-Quran dr tgn mak dia,dan dia hempaskan Al-Quran tersebut ke lantai. mak dia terus pegi ambikAl-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu di dadanya. tiba2, budakpompuan td, terus rebah dan menggelepar kesakitan dan dgn kuasa AllahSWT, budak pompuan itu terus bertukar menjadi seperti haiwan(seeattachment).cerita ni berlaku kt Oman. skrg budak pompuan ni ditempatkan di sebuah hospital di Oman.begitu lah padanya kalau kita derhaka pada Allah, Rasul dan keduaayahbonda kita. jd kan lah kisah ini sbg pengajaran. semoga kitadijauhkan dr tergolong dlm kalangan org2 yg derhaka...na'uzubillah. cerita ni saya dh translate dr website bhs arab. utk rujukan..go to :
    http://www.palislam.com/ (See attached file: Hukuman.jpg)(See attachedfile: Hukuman_arab.pdf)



    Bagi AntiAF, dah ada banyak cerita yang sebegini. Anak letakkan periuk belanga atas kepala maknya ketika orang tua itu sedang solat yang mana akhirnya anak tersebut mati dalam kemalangan yang dasyat. Kita juga tidak boleh nafikan perkara ni boleh terjadi dalam masyarakat, sedangkan pada zaman Nabi dahulu pun telah ada anak yang kedua ibubapanya bertukar menjadi babi. MasyaAllah. (*AntiAF minta perbetulkan mana yang salah)

    Monday, May 16, 2005
    Ulama Saudi ANGGAP program realiti tidak berakhlak
    Sedutan Akhbar Hairan (BERITA HARIAN) Hari Ini:

    RIYADH: Ulama Arab Saudi mengeluarkan FATWA menyatakan rancangan realiti televisyen popular Arab adalah satu jenayah dalam Islam kerana ia menggalakkan perbuatan tidak berakhlak.
    Star Academy mengumpulkan bersama 16 belia Arab dalam sebuah rumah kongsi untuk bersaing mendapatkan kontrak rakaman.

    Ulama mengecam program itu kerana ia memaparkan pergaulan bebas lelaki dan wanita.

    Dalam kenyataan menerusi internet, mereka mendesak pemenang rancangan itu, Hisham Abdel Rahman yang berusia 24 tahun, supaya bertaubat kepada Allah.

    “Kami meminta belia terbabit dan semua mereka yang turut serta, dan kesemua pihak yang membuat liputan media atau hadiah atau undi, kami menasihatkan mereka memohon ampun kepada Allah,” kata 63 sheikh menerusi laman web al-Wifaq.

    Sesiapa yang ada kaitan dengan rancangan berkenaan, termasuk beberapa ribu penonton yang menyaksikannya, juga diminta segera bertaubat. – Agensi

    Saranan AntiAF: Tajuk tulis ANGGAP, isi tulis FATWA. Sememangnya akhbar Hairan milik Islam Hadh*ri ini masih lagi pakar dalam memutarbelitkan tajuk dan cerita. Tak percaya? Bacalah Berita Hairan edisi Isnin - 16 Mei 2005!

    Sunday, May 08, 2005
    Cakap Saja Lebih
    Petikan Akhbar Harian:

    Usah cepat naik harga barang: PM
    Oleh Wan Jailani Razak dan Ridzuan Yop

    ......
    Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

    Timbalan Menterinya, Datuk S Veerasingam, berkata tindakan peniaga menaikkan harga barang keperluan sewenang-wenangnya adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang perlu dihentikan segera.

    Beliau berkata, adalah tidak munasabah untuk peniaga menaikkan harga barangan keperluan begitu tinggi dengan menggunakan alasan kenaikan harga bahan api.
    .......

    DATUK ANTIAF BERKATA: TINDAKAN KERAJAAN MENAIKKAN HARGA PETROL DENGAN SEWENANG-WENANGNYA ITULAH YANG MERUPAKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN PERLU DIHENTIKAN SEGERA. INI JELAS MENUNJUKKAN KETIDAKBIJAKSANAAN KERAJAAN DALAM MENERAJUI NEGARA DAN MENGURUSKAN KEPERLUAN RAKYAT. CEGAH DAHULU PENDAPATAN, PANTAU KEMUDIAN MAMPOSLAH RAKYAT.

    Saturday, May 07, 2005
    Hangat Taik Ayam? Nape tak TAIK Manusia?
    Macam siut!
    Makin banyak bala
    Makin banyak jenayah
    Makin harga minyak naik
    Makin tebal jurang kemiskinan
    Makin kukuh kedudukan penyangak
    Makin banyak pulak realiti tv yang berunsurkan khayalan.

    Kalau ada pun unsur-unsur kebaikan,
    ianya pada waktu sebelum subuh
    waktu maghrib
    waktu masuk waktu solat
    dan waktu-waktu yang peratusan manusia menghadap tv bawah lutut.

    Bijak.
    tapi otak di lutut.
    penonton melutut depan tv x?
    apa nk dijawab ketika melutut di hadapan yang Maha Esa?

    AntiAF sekadar mengingatkan diri sendiri sahaja- ayat versi pentingkan diri sendiri.

    Tuesday, January 11, 2005
    Tsunami
    Barangkali belum terlewat untuk AntiAF mengucapkan takziah kepada mangsa tsunami yang berada di Acheh, Sri Lanka, Thailand dan juga Malaysia. Walau bagaimanapun, kita haruslah membantu mereka yang bernasib malang tersebut. Jika ditakdirkan suatu hari nanti kita mendapat susah, insyaAllah orang lain tidak lokek untuk menghulurkan bantuan.

    Selebihnya marilah kita sama-sama mensedekahkah al-Fatihah dan bacaan doa buat mereka yang telahpun pergi menghadap Ilahi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka serta diberikan petunjuk jalan yang lurus kepada waris mereka yang masih lagi bernyawa. insyaAllah.

    Saturday, November 06, 2004
    AntiAF tidak berhenti, berehat adanya
    Berikut adalah tanda tanda Malaysia sedang bergerak ke satu titik baru. Barangkali kerahmatan dan petunjuk buat rakyat Malaysia dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. (Kalimat penutup laman AntiAF Clan) Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Ini sebenarnya ada kaitan dengan fasa kedua perjuangan antiAF mengikut rentak aliran semasa.

    Rakyat Malaysia kembali dengan satu stail baru. Bolehkah ia berubah terus untuk kemenangan? Slogan Abdullah Badawi "Islam Hadhari", agaknya ada kaitan, dan terselit sesuatu mesej yang diluar jangkaan kita. Kalau ini boleh dijayakan demi agama dan negara, apa salahnya. Kepada para dokongan antiAF sepanjang musim, usahlah berduka.

    mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Petikan kata-kata ini diambil dari blog sultanmuzaffar menjadi pegangan antiAF dalam perjuangannya sendiri. antiAF menjadi anti kepada AF dan sekutu-sekutunya atas dasar untuk menyampaikan peringatan kepada para pembaca dengan cara tersendiri. seterusnya antiAF juga memegang prinsip tidak mengganggu blog-blog yang pro-AF kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi. namun demikian, jika ada yang antiAF tegur dalam blog-blog saudara, maka ia bukanlah bermaksud membenci. Begitu juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluahkan perasaan dalam sistem komentar yang antiAF sediakan kerana antiAF semakin mendapat galakan dan input dari pelbagai pihak tidak kira sama ada ia negatif, positif, cacian dan maki hamun.

    harus antiAF tekankan di sini, ada juga beberapa sahabat yang tidak bersetuju dengan cara antiAF menghina walaupun apa yang dikomennya seolah-olah menyokong pendapat antiAF. Oleh itu, kepada para anti kepada antiAF @ pembangkang antiAF harus sedar akan kelebihan prinsip demokrasi yang dibawa oleh antiAF.

    Barangkali kita akan bersua lagi dalam musim mendatang. insyaAllah. Segala penat lelah bakti seseorang itu dalam memperjuangkan kebenaran ada ganjarannya. Mungkin masa untuk antiAF menarik nafas lega buat seketika sebelum meneruskan perjuangannya..

    Akhir kata, antiAF memohon ribuan ampun dan maaf atas kesilapan tutur bahasa di ruang maya ini. Begitu juga dengan frasa-frasa bahasa yang membuatkan para komentator terasa hati dan acapkali berlaku pergaduhan antara kita semua. Selamat menyambut Hari Lebaran, Hari Kemenangan dan Hari yang Mulia buat Umat Islam dan rakyat Malaysia amnya. Salam Aidulfitri. Maaf zahir dan batin.

    Monday, October 18, 2004
    Masih ingatkah kalian?
    "apa Quran boleh bikin jalanraya ka?!"

    itulah herdikan yang pernah dikeluarkan oleh seorang menteri bukan Islam. seorang menteri yang pernah memperlekehkan agama rasmi negara Malaysia. nah sekarang rasakan pembalasannya. jalanraya yang kau bikin dah jadi apa?

    Ini petikan kata2nya dari bharian.com.my: “Saya fikir (desakan meletak jawatan) itu tidak adil, sukar dipercayai dan perlu diabaikan. Sebaliknya, saya akan bentang dan menjawab segala-galanya di Parlimen nanti. Saya tidak takut pada sesiapa."

    ya memang kau xtakut pada sesiapa. apa kata kalau yang mati sebab lalu di jalan retak tu anak bini ko? keturunan ko? kaum kerabat ko? ko xtakut ka? memangla, itu baru 1 bala buat ko. tunggu dan lihatlah bala yang menimpa rakyat akibat perbuatan dan CAKAP BESAR ko tu. BELAGAK BETULLA KO!

    p/s: buat masa ini, perkhidmatan tag board dihentikan seketika.