About Us
BUKAN SEKADAR ANTIAF | malahan semakin sial dalam menentang produk sial-sial majhal yang melalaikan | mejadi lebih sial dalam membanteras perkara-perkara yang melemahkan daya pemikiran orang-orang kita | maka dinasihatkan bersabar ketika membaca blog sebegini | Apa-pun ANTIAF tetap sedia berkhidmat demi clan-clan tercinta.
Archives
  • July 2004

  • August 2004

  • September 2004

  • October 2004

  • November 2004

  • January 2005

  • May 2005

  • June 2005

  • Links
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    Novel Bersiri Akademi Impiana
    Sultan Muzaffar
    Pejuang Bangsa
    Arni
    Adreen
    Dwen
    Duwe
    Fiqarash
    Kampung Chat
    Khairil
    Kay
    Kelambu
    Mydinz
    Nore
    Sherrina
    ShinShin
    Syati
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    clan's here

     


    Anti AF Clan :: KontroBasi
    Monday, July 12, 2004
    I've Got Feedbacks
    this's from adreen's site:

    banyak blog aku jumpa yang tuan ghumahnya minat dengan rancangan AF yang bodo tu..
    dan banyak gak dedicatedkan entry depa untuk komen abis-abisan pasal AF, secara general mahupun detail..
    aku pun dapat tau pasai perkembangan AF ni bukan pasai aku tengok sendiri program tu, tapi daripada bacaan aku melalui forum ngan blog-blog depa ni la..
    kunun kaer kiyut la, nurul sore tak sedap la, bob bohjan lembik la, blablabla..
    [ sori ah, aku tak bermaksud nak kutak sesaper yang minat AF, nak minat tu sukatik korang la ]
    ada gak yang against AF, contoh mcm aku nih, walaupun aku galak jugak menonton hiburan sekular hedonisme yang lain macam Harry Potter ehehehehh..
    oh tu citer hiburan dari bangsa kapir, bangsa kapir tu lain citer plak..

    ada satu blog tu, aku tersekodeng dalam GeJu, memang betul-betul ah anti dengan AF, tapi his (or her?) insights are quite humorous..
    aku nak gak promot blog dia kat sini tapi tak dapek kebenaran tuan ghumah dia lagi..
    tapi aku tengok banner dia pun aku dah tergelak.. ahaha..

    and this is from sherrina's site:

    Sabtu lepas aku ke umah cousin aku di Taman Samudera. Abis aje kelas kat Unitar, aku ke umah dia nak tgkkan problem Palm dia yg takleh sync ke laptop. Kebetulan masa aku sampai, rancangan akademi fantasia nak start ditayangkan. Sebetulnya, semenjak AF nie wujud di muka bumi, aku tak penah sekalipun tgk konsert AF nie. Selain dari faktor takde Astro di umah, aku memang dah jarang nengok tv skarang. lagi prefer internet surfing bila ada di umah. program TV skarang pon dah banyak 'melayukan' orang melayu sendiri.

    So, dah alang2 di umah dia aku pon join le skali tgk AF2 sambil dok godek2 laptop cousin aku. Huhu...camnie ghupanya akademi fantasia yg diagung-agungkan oleh orang Malaysia. Sanggup ek menghabiskan duit henpon sms orang2 camnie. bila time nak umum keputusan le paling meluat. berjela-jela di Aznil tu mengayat dan berdrama. air mata ntah brape timba dah mengalir...keputusan tak gak umum. bila diberitahu Anding yg kene kluar (sapa anding nie gua pon tak kenal), hulaaaa..habis nangis semua rakyat malaysia meratapi pemergian wira pujaan ramai (dan nangis juga le mereka2 yg dok sms mamat nie dengan harapan akan menang). hekeleh....aku pon nyaris2 gak capai henpon aku nak tolong sms sama. kesian ngan ayat si aznil tu. mendayu dan merayu. terer dia nie membeli jiwa rakyat malaysia yg mengagungkan akademi fantasia. anyway, korang yg sms jugak yg rugi duit sms (macam le artis2 AF tu nak blanje makan lepas dia dah menang) dan yang tersenyum lebar, tetap jua tokey Astro dan Maxis (aktifkan le dirimu utk AF). Syabas Ananda Krishnan, harap anda dapat jadi jutawan no 1 tahun nie mengalahkan Robert Kuok. Klik Jutawan Malaysia untuk info lanjut.

    Program Televisyen Terus Me'layu'kan Orang Melayu

    Aku juga menerima email ini mengenai program reality yg diubahsuai. Hmmmm...ada harapan untuk melaksanakannya di Malaysia? Boleh diusulkan kepada TV3 atau RTM... (antiaf jwb: jgn harap la diorg nak follow) Segala.... impiaaaan... (lagu cik ct...)

    1. Who will become an Ustaz
    Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan
    akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

    2. Akademi Islamiah
    Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih
    berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

    3. Muslim Idol
    Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
    seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

    4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji dan MEMAHAMI)
    Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara
    tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

    5. Audition
    Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan
    diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.