About Us
BUKAN SEKADAR ANTIAF | malahan semakin sial dalam menentang produk sial-sial majhal yang melalaikan | mejadi lebih sial dalam membanteras perkara-perkara yang melemahkan daya pemikiran orang-orang kita | maka dinasihatkan bersabar ketika membaca blog sebegini | Apa-pun ANTIAF tetap sedia berkhidmat demi clan-clan tercinta.
Archives
  • July 2004

  • August 2004

  • September 2004

  • October 2004

  • November 2004

  • January 2005

  • May 2005

  • June 2005

  • Links
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    Novel Bersiri Akademi Impiana
    Sultan Muzaffar
    Pejuang Bangsa
    Arni
    Adreen
    Dwen
    Duwe
    Fiqarash
    Kampung Chat
    Khairil
    Kay
    Kelambu
    Mydinz
    Nore
    Sherrina
    ShinShin
    Syati
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    clan's here

     


    Anti AF Clan :: KontroBasi
    Sunday, July 25, 2004
    Who's Low Mentality??
    Tidak perlu antiAF tuding 10 jari pada sesiapa yang low mentality. terpulang pada kalian untuk menilai dan mengomen (baca: pada commenting system sahaja). antiAF berbuat demikian (baca: sudah menjadi prinsip antiAF)  memandangkan antiAF tidak ingin mengganggu minat sesiapa terhadap hiburan berbentuk hedonisme, hindustanism, baratnisme atau apa2 sahaja yang ber"nisme" di belakangnya. cuma antiAF dirikan blog ini atas dasar penglihatan dan pemikiran yang telah dikurniakanNya. mana yang antiAF rasakan nahi mungkar, antiAF coret di blog ini. antiAF janakan minda yang kritis dan sekreatif yang mungkin bagi menulis setiap bait2 perkataan agar siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya walaupun sudah minum air bergelen2. (baca: termasuk antiAF sendiri: supaya ia kelihatan adil).

    antiAF bawakan petikan di bawah untuk renungan bersama: 
     
    Sebagai seorang Islam tidak kira artis ataupun orang biasa keberkatan dalam mencari sesuap rezeki yang halal cukup penting untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Ini  disebabkan keberkatan tersebut adalah sesuatu yang bersifat abstrak maka rezeki yang diperolehi itu perlu dilihat dari mana puncanya bukan di atas tiket populariti dunia glamournya.

    "Jangan kerana nak cari pendapatan tinggi misalnya sehingga seseorang itu mendedahkan aurat di pentas serta tergadai maruahnya sehingga tidak ada beza lagi orang Islam dan bukan Islam,"

    Atas sebab itu, kadang-kadang seseorang artis (baca: kebanyakan artis) yang menjadi pujaan ramai hidup melarat semasa meniti hari tua.

    "Allah SWT akan menarik keberkatan tersebut dengan pelbagai musibah tak kiralah dia sebagai artis mahupun orang biasa kerana dunia glamour hanya sementara dan lumrahnya pula apabila seseorang itu tua dan uzur dirinya tak disanjung lagi malah makin dicemuh,"

    Sehubungan itu, semasa di zaman muda khasnya artis perlu menginsafi diri dan sedar bahawa dunia ini sementara sahaja dan pendekatan yang betul perlu dilakukan semasa mereka dipuja masyarakat.

    "Apa salahnya anda (baca: para artis) berdampingan dengan tokoh-tokoh agama untuk mendapat panduan yang diredai bagi mencari keredaan Allah dalam perjuangan seni mereka,"

    Sepatutnya artis-artis tanah air bersyukur kerana memiliki bakat malah rupa yang cantik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi karier mereka sebagai penghibur.
    Namun, sebagai seorang  artis sewajarnya (baca: WAJIB)  tahu apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang dalam Islam.

    Sekali lagi antiAF berlaku adil dengan menyatakan: pendakwah sendiri tidak boleh meminggirkan terus artis supaya artis tidak menganggap orang agama sebagai musuh.
     
    sumber: cari sendiri.