About Us
BUKAN SEKADAR ANTIAF | malahan semakin sial dalam menentang produk sial-sial majhal yang melalaikan | mejadi lebih sial dalam membanteras perkara-perkara yang melemahkan daya pemikiran orang-orang kita | maka dinasihatkan bersabar ketika membaca blog sebegini | Apa-pun ANTIAF tetap sedia berkhidmat demi clan-clan tercinta.
Archives
  • July 2004

  • August 2004

  • September 2004

  • October 2004

  • November 2004

  • January 2005

  • May 2005

  • June 2005

  • Links
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    Novel Bersiri Akademi Impiana
    Sultan Muzaffar
    Pejuang Bangsa
    Arni
    Adreen
    Dwen
    Duwe
    Fiqarash
    Kampung Chat
    Khairil
    Kay
    Kelambu
    Mydinz
    Nore
    Sherrina
    ShinShin
    Syati
    Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    clan's here

     


    Anti AF Clan :: KontroBasi
    Wednesday, August 25, 2004
    Hukum Islam tidak terikat kepada pemfatwaan
    Ipoh 27 J'Akhir 1425 @ 14 Ogos 2004 - Setiap hukum yang termaktub dalam Al-Quran tidak perlu kepada pemfatwaan bagi umat manusia mematuhinya.

    Hanya jika ada perkara-perkara yang tidak disebutkan secara tepat dan jelas, seperti SMS, maka ianya barulah memerlukan kepada satu pengkajian oleh para ulama' berkenaan dengannya dan kemudian satu fatwa dikeluarkan atas perkara tersebut.

    Dalam hubungan ini maka fatwa sangat diperlukan sebagai panduan kepada manusia mengenai hukum sesuatu yang tidak disebutkan secara jelas dalam Al-Quran.

    Justeru itu Konsert Sure Heboh, Akademi Fantasia atau Malaysia Idol, tidak perlu kepada pemfatwaan melarang umat Islam menganjur, menghadiri atau menontonnya kerana sudah nyata pada hukum syarak ia adalah haram.

    YBhg Dato' Seri Hj Harussani, ketika ditemuramah wakil TV3 dipejabatnya semalam

    Justeru itu tidak timbul apakah pengharaman Konsert Sure Heboh atau mana-mana rancangan seumpamanya memerlukan kepada pemfatwaan kerana hukum sedemikian sudah jelas dalam Al-Quran.

    Demikian tegas YBhg Dato' Seri Haji Harussani kepada wakil TV3 petang semalam. Apa sahaja konsert atau pementasan hiburan yang hendak diadakan maka memerlukan mereka meneliti panduan yang telah disebutkan - JMNPk

    Copyright 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak

    Ulasan antiAF:

    Telah diketahui bahawa acara sambutan malam ambang kemerdekaan diisi dengan konsert2 yang semestinya akan tamat hampir subuh. (baca: konsert memang tamat dlm jam 2pg, tapi dipanjang2kan dengan aktiviti yang SANGAAAAAAT BERFAEDAH oleh para muda mudi) Apakah justeru itu tidak timbul tentang pengharaman konsert tersebut dan memerlukan kepada pemfatwaan lain pula? masih tidak jelaskah hukum sedemikian dalam Al-Quran?

    Sila jawab dalam sistem komentar.